Dewan Negara Ditangguh Selepas 4 Hari Bersidang


KUALA LUMPUR – Dewan Negara yang bersidang sejak 7 Okt lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan empat hari itu, Dewan Negara meluluskan empat rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013.

Dua lagi ialah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 dan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Ketika mengumumkan penangguhan mesyuarat itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota Dewan yang memberi kerjasama melancarkan perjalanan persidangan. – BERNAMA

Posting Komentar