Benjy Bebas Tuduhan Memiliki Dadah


Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim telah dibebaskan daripada tuduhan memiliki dadah oleh Mahkamah Majistret Ampang, pagi ini.

Menerusi laporan sebuah akhbar, Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman turut membebaskan empat lagi rakan Benjy atas tuduhan yang sama.

Jun lalu, Benjy dan lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, Imran Radzi, Asmanizam, Norazila, dan Afifi Hamidi telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Hulu Klang pada jam 11.30 pagi.

Namun begitu, antara keenam-enam tertuduh, hanya Zain Amir sahaja yang mengaku bersalah manakala lima yang lain meminta untuk dibicarakan semula kes mereka.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika disabit kesalahan.

Oleh: AUDREY LEE

Posting Komentar