Intan Ladyana Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin



KUALA LUMPUR : Pelakon Intan Ladyana menafikan gosip yang mengatakan bahawa hubungannya dengan Yana Samsudin kini sedang dingin sehingga dia menolak tawaran untuk digandingkan bersama dengan aktres tersebut dalam sebuah drama.

Malah Intan Ladyana berkata, hubungannya dengan pelakon filem Adnan Sempit itu memang tidak pernah rapat dan dia masih lagi mengekalkan hubungan seperti itu dengan Yana Samsudin sehingga kini.

"Saya terkejut dengar cerita ini sebab hubungan kami memang tiada apa-apa masalah setakat ini. Jadi, bagaimana cerita begini boleh timbul? Memang selepas drama Bini Bini Ku Perkasa saya telah diminta untuk berlakon di bawah drama syarikat produksi lain oleh syarikat produksi naungan saya iaitu Metrowealth (MIG).

"Saya tidak tahu pula kalau ada produser yang mahu kami berganding bersama selepas Bini Bini Ku Perkasa. Apa yang saya tahu sekarang ini saya sedang terikat dengan drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu untuk RTM.

"Saya rasa tidak wujud apa-apa masalah di antara kami kerana saya dengan Yana bukan tidak mahu menjalinkan hubungan yang baik tetapi memang kami tidak pernah rapat. Malah bukan dengan dia sahaja tetapi dengan artis lain juga begitu kerana saya tiada masa untuk melepak bersama mereka," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan hubungan mereka berdua renggang dan wujud perselisihan faham apabila kedua-duanya mengelak untuk digandingkan bersama dalam sebuah drama setelah selesai penggambaran drama Bini Bini Ku Gangster

Intan yang kini sedang menjalani penggambaran drama Mencintaimu sebanyak 26 episod itu bakal muncul dalam sebuah filem terbitan MIG berjudul Pada Suatu Ketika Dahulu pada 21 Februari depan.

sumber

Posting Komentar