NEW YORK 7 Sept. - Syarikat komik DC memperkenalkan satu siri komik Green Lantern terbaru yang menampilkan watak superhero itu sebagai seorang lelaki berketurunan Amerika-Arab Islam.
Watak tersebut yang diberi nama Simon Baz diceritakan sebagai seorang pelumba kereta haram berusia awal 20-an yang berasal dari Dearborn, Michigan.
Baz terpilih untuk menyertai pasukan polis galaksi selepas dia terjumpa satu cincin sakti yang memberinya kuasa superhero.
Penghasilan komik tersebut dilihat sebagai contoh terbaru kepelbagaian cerita superhero masa kini.
Kepelbagaian tersebut bermula apabila DC menghasilkan komik Green Lanterndalam versi gay pada Jun lalu, manakala komik Marvel menampilkan watakSpiderman yang berketurunan separuh kulit hitam dan separuh Latin.
"Kebiasaannya, komik akan menampilkan watak lelaki yang kacak dan berkulit putih, namun dunia kita mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan agama," kata Pengarah Operasi dan Pemasaran Sosial Komik Midtown, Thor Parker.
Kebanyakan peminat buku komik mengenali watak Green Lantern sebagai seorang lelaki berkulit putih bernama Hal Jordan.
Watak asal superhero itu diperkenalkan pada 1940 dengan nama karakter Alan Scott dan digantikan dengan nama Jordan pada 1959. - REUTERS
Posting Komentar