12 Ogos 2012 akan berlangsung festival sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik 2012 di London..London akan menjadi bandar pertama yang menjadi tuan rumah sebanyak 3 kali bagi festival sukan terbesar dunia ini, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948..
Olimpik London telah menggunakan maskot berbentuk dua titis keluli bagi menggambarkan kota industri keluli di Bolton..Kedua-dua maskot ini diberi nama Wenlock dan Mandeville selaras dengan nama bandar penganjur Olimpik London tahun-tahun sebelumnya..Nama Wenlock diambil dari sebuah bandar bernama Much Wenlock di Shropshire..Manakala Mandeville diambil dari sebuah desa di Buckinghamshire bernama Stoke Mandeville.
Kontroversi melanda kedua-dua maskot ini apabila ia hanya mempunyai satu mata sahaja..Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist..Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012..
Bukan maskot sahaja yang menjadi kontoroversi malah, logo Olimpik London 2012 juga menjadi kontroversi..Dikatakan logo tersebut menyerupai tulisan ZION..Zion atau kata lain Sion yang merupakan nama sebuah bukit di Kota Yerusalem dan berkait rapat dengan Israel dan Yahudi..Penganjur dituduh ingin memasukan unsur rasisme dan pro terhadap Yahudi pada Olimpik London 2012 ini..
Posting Komentar